Pengalaman Saya Selama 20 tahun Menulis Skrip Drama TV Didedahkan

 

Daripada: Shafiuddin b Sharif (HP: 016 2217690)
Tempat: Seremban Negeri Sembilan
Tarikh:  2016  
Tajuk:  Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh.

Pembaca yang Budiman;

Nama saya Shafiuddin b Sharif. Saya memang minat menulis. Seingat saya ketika darjah enam sekitar tahun 1960an saya memenangi hadiah pertama penulisan esei anjuran akhbar Berita Harian. Kemudian ketika dalam sekolah menengah saya menjadi anak emas guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana esei saya mencerminkan bakat yang besar di bidang tersebut.

Di akhir 1980an saya berpeluang menghadiri kursus penulisan skrip drama TV yang dianjurkan oleh RTM bertempat di IPPTAR. Saya berkenalan dengan beberapa penulis dan produser terkenal ketika itu termasuk Dato’ Yusof Haslam. Kemudian saya berkenalan dengan A. Wahid Nasir penulis asal siri OPAH yang sangat popular ketika itu. Di sinilah bermulanya karier saya sebagai penulis skrip drama TV/filem sepenuh masa.

Drama TV saya yang pertama disiarkan di RTM ialah dua episod siri OPAH. Kemudian ianya diikuti oleh dua episod lagi dalam siri REMANG-REMANG KOTARAYA terbitan SKOP FILMS PRODUCTIONS milik Dato’ Yusof Haslam. Di TV3 pula ialah sebuah telemovie terbitan Maha Gemilang milik Encik Malik.

Sejak itu saya tidak menoleh lagi ke belakang. Saya memang bersungguh dalam bidang penulisan drama ini. Saya sentiasa belajar, belajar dan belajar. Saya belajar dari penulis-penulis yang lebih kanan dari saya. Saya belajar dari para pengarah drama TV/filem yang tersohor ketika itu seperti Mahadi J. Murat, Kamal Ishak, Nasir Jani, Eddie Pak, Raja Ahmad Alauddin dan Arief Karmahani.

Ketika TV3 menganjurkan Anugerah Skrin yang pertama drama yang saya tulis ANAK ANGKAT memenangi tujuh dari lapan hadiah utama yang dipertandingkan.

Antara pemenangnya ialah saudara Sidi Oraza dan Ida Nerina memenangi anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik. Saudara Aziz M. Osman memenangi anugerah pengarah terbaik.

Pada tahun 1999 sekali lagi drama TV yang saya tulis memenangi anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3. Judulnya Jutawan Segera lakonan M. Rajoli.

Dalam pada itu banyak drama-drama saya yang disenarai-pendekkan untuk berbagai anugerah yang dianjurkan oleh RTM dan TV3. Walaupun tidak menang namun ianya mencerminkan kekuatan saya dalam menulis cerita. Judul-judulnya termasuk Esah Swinger, Kemarau …

Saya tidak pernah memohon untuk bekerja dengan Astro. Namun begitu sekitar tahun 1996 saya ditawarkan untuk menyertai Astro. Rupa-rupanya saya ialah salah seorang yang telah disenarai-pendekkan untuk membangunkan stesen TV berbayar pertama negara. Ini satu pengiktirafan yang luar-biasa. Ianya satu pencapaian yang tak pernah saya mimpikan.

Setelah enam tahun menjadi penulis skrip drama TV sepenuh masa akhirnya saya menerima tawaran Astro. Bermulalah karier saya menjadi “orang dalam TV”. Saya adalah salah seorang yang bertanggung-jawab menyediakan program TV untuk saluran berbahasa Melayu Astro, saluran RIA. Kami bertungkus-lumus menyediakan konsep, hala-tuju dan rupa-bentuk RIA. Sehingga hari ini RIA kekal sebagai saluran ceria, muda dan moden.

Saat yang paling manis ialah apabila stesen RIA menemui para pelanggannya sekitar tahun 1990an. Ia memberi peluang kepada saya untuk menyaksikan pencapaian saya selama hampir sedekad sebagai penulis skrip drama TV/filem.

Pusingan karier saya sebagai “orang luar TV” dan “orang dalam TV” menemui titik-tengahnya. Kalau dulu saya dan rakan-rakan penulis memanjat tangga RTM dan TV3 untuk menghantar sinopsis drama tapi kini mereka yang yang datang menemui saya untuk tujuan yang sama. Jawatan saya ialah Penyunting Skrip Kanan. Dan salah satu tugasan saya ialah meneliti dan memilih skrip yang sesuai untul diterbitkan oleh RIA.

Kemudian pada tahun 2001 saya menyertai NTV7 yang ketika itu berpengkalan di Glenmarie, Shah Alam. Jawatan saya ketika itu ialah penyunting/penulis skrip. Berbeda dengan tugasan saya di Astro Ria di NTV7 fokus saya pada program-program dalaman.

Saya bersara dalam tahun 2005 bila mana pentadbiran NTV7 beralih tangan ke Media Prima (TV3). Pada tahun 2006 saya meneruskan karier saya sebagai penulis skrip TV/filem sepenuh masa. Filem pertama saya ialah Jimi Asmara yang diarah oleh Erma Fatima. Dan yang terbaru sekali ialah Cinta Yang Satu.

Kini, Anda Boleh Merealisasikan Impian

Sebagai Penulis Skrip Drama TV

 

Berada dalam dua daerah berlainan (dalam dan luar TV) memberi peluang kepada saya untuk mengenali:

Jenis-jenis cerita yang dicari oleh stesen TV.

Gaya penceritaan yang dikehendaki oleh stesen TV

Garis panduan yang dibenarkan atau dilarang dalam penerbitan drama TV.

Konsep yang sesuai untuk setiap rangkaian TV. Contohnya pendekatan TV3 lebih moden, semasa dan ranggi. Manakala TV9 pula lebih sederhana dan Islamik.

Penonton sasaran yang menjadi penonton setia setiap rangkaian TV.

Rahsia pergi pitching di TV. Pitching ialah istilah di mana penulis skrip mempersembahkan sinopsis mereka secara lisan kepada stesen TV.

 

Untuk menjadi penulis skrip yang berjaya sama ada sepenuh masa atau part time anda memerlukan beberapa kriteria:

Ilmu menulis skrip TV.

Isi cerita yang sesuai dengan kehendak stesen TV.

Menulis/mempersembahkan sinopsis yang boleh memikat panel TV.

Menyiapkan skrip dalam masa yang dijanjikan dengan pihak penerbit.

Konsisten dalam bidang penulisan, tidak mudah patah hati jika tidak berjaya.

 

Pendapatan Penulis Skrip Drama TV

Memang Lumayan.

 

Tanya penulis skrip professional. Kalau mereka bukan kaki joli mereka hidup senang. Saya menjadi penulis lakonTV sejak tahun 1988 dan masih lagi menulis. Kenapa? Penulis skrip yang boleh menulis skrip mengikut piawaian industri sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa belajar semula menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan masa dan penerbit-penerbit program TV jarang ada kesabaran sebab mereka dikejar oleh stesen TV untuk menyiapkan produk mereka.

Slot drama TV di bahagi ke beberapa jangkamasa.

Slot telemovie (120 minit)

Drama bersiri (jumlah episod x 30 minit).

Drama bersiri (jumlah episod x 45 minit)

 

Harga berbeza-beza atas kemampuan kewangan syarikat.

Telemovie sekitar RM2,000 - RM5,000

Slot 30 minit sekitar RM600 - RM1,000. Jika satu musim ada 13 episod pendapatan anda ialah antara RM7500.00 - RM13,000 untuk satu-satu musim.

Slot 45 minit sekitar RM1,200 - RM2,000. Jika satu musim ada 26 episod pendapatan anda ialah RM31,200 - RM52,000.

Kalau filem, harga lakonlayar sekitar RM10,000 - RM30,000

 

Tahukah anda? Kebiasaannya stesen TV akan memilih cerita dari dua sumber:

Penonton sasaran mereka.

Para pengiklan yang akan menaja sesuatu slot rancangan TV itu.

 

Maklumat ini hanya dimiliki oleh mereka yang berkerja dalam setesen TV. Dan saya pernah berada di persada itu selama tujuh tahun.

Cerita anda mungkin hebat tapi ia tidak kena dengan penonton yang disasarkan. Cerita anda mungkin berkait dengan penonton yang disasarkan tapi ia tidak senada dengan para pengiklan yang akan menaja slot cerita itu. Anda gagal! Ramai penulis yang gagal.

Cerita anda mungkin memenuhi kedua-dua syarat tapi apabila anda mempersembahkan cerita anda depan panel cara anda bercerita menimbulkan kebosanan kepada panel. Panel menganggap cerita anda membosankan. Anda gagal. Ramai penulis gagal ketika pitching!

Cerita anda diterima oleh stesen TV. Dan anda perlu menulis skrip dalam tempoh dua minggu. Anda tidak berupaya menulisnya dalam jangkamasa yang terhad. Anda gagal. Skrip anda tertangguh. Pihak TV tidak minat lagi dengan skrip anda.

Skrip anda telah siap dan akan diterbitkan. Akan tetapi cara anda menulis menimbulkan masalah kepada penerbit. Skrip anda kurang dramatik. Bajetnya tinggi. Pelakon ramai. Lokasi banyak. Maka pengarah drama terpaksa cincang skrip anda supaya menepati bajet yang diperuntukan. Bila anda tonton drama anda kecewa sebab ia tidak seperti yang anda tulis.

Semuanya ini boleh anda hindari jika anda memiliki ilmu yang benar dalam menulis skrip TV. Ilmu menulis skrip TV yang saya olah tidak serupa dengan apa yang anda pelajari di bengkel-bengkel atau di kelas-kelas yang formal atau yang terdapat dalam buku-buku yang dijual di kedai-kedai.

 

Rahsia Saya Menulis Skrip yang Memenuhi Kehendak Pengarah, Penerbit & Stesen TV Kini Akan Didedahkan!

Ianya Eksklusif Cara Saya

 

 

Memperkenalkan...

 

 

E-Book Rahsia Penulisan Skrip

TULIS, JUAL & TERBIT
"Rahsia Menulis Skrip Drama TV yang Boleh Dijual" 
 

Pelan Induk 'Langkah-Demi-Langkah'

Mulakan kerjaya sebagai Penulis Skrip untuk Drama TV hari ini juga secara Sambilan atau Sepenuh Masa:

Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Menulis Skrip Drama TV

Berdasarkan Pengalaman Peribadi oleh Sifu Dalam Bidang ini

   Ditulis Dalam Bahasa Mudah Agar Mudah Difahami - Dijamin!

 Harga Yang Anda TIDAK AKAN Dapat di mana-mana dalam Malaysia!

  Keuntungan Lumayan Yang Selama Ini Terselindung Di Celah Teks Skrip Kini Bakal Menjadi Milik Anda!

Format e-book adalah PDF yang boleh dibaca melalui komputer dengan menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak e-book ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun

 

5 Modul Lengkap E-Book 

Didatangkan dengan 5 modul yang mengandungi panduan penting bagi setiap aspek dalam membina kerjaya sebagai Penulis Skrip Drama TV! Antara isi kandungan yang terdapat dalam E-book ini ialah:

Ia menghuraikan dengan tepat dan jelas hubungkait cerita, treatment dan skrip. 3 komponen inilah yang paling penting dalam menghasilkan sebuah cereka TV/filem

Kandungannya tidak ditiru atau dicopy-paste atau diterjemah dari mana-mana ebook atau buku teks yang ada dalam pasaran.

Ianya hasil dari pemerhatian, pengalaman dan tunjuk-ajar yang diperolehi oleh penulis selama 20 tahun berkecimpung dalam seni menulis cereka TV/filem tanah air.

Contoh-contoh sinopsis, treatment dan skrip juga dilampirkan untuk kemudahan anda mengkajinya.

Ebook ini bukan setakat dibaca. Ianya patut dibaca berulang-kali, dikaji dengan teliti dan barulah anda dapat menggenggam mutiara yang tersembunyi di dalamnya. Lebih mudah anda print/cetak kerana anda mudah mencatat nota-nota berbangkit ketika membaca atau mengkajinya.

 

Mungkin anda akan berkata;

"Saya belum ada asas hendak menulis tapi saya berminat hendak menjadi seorang penulis skrip TV/filem!"

 

Jangan bimbang kaedah bimbingan yang saya perkenalkan itu bermula dari menyediakan inti cerita sampai menghasilkan sebuah skrip.

Bedanya kaedah saya dengan kaedah di bilik kuliah atau bengkel ialah kaedah saya dibina dari kefahaman faktor yang saya nyatakan di atas tadi! Ertinya
anda menulis sebuah skrip yang memenuhi syarat-syarat penerbitan dan bersesuaian dengan garis panduan stesen TV

Ingin saya nyatakan
pengalaman dalam kelas atau bilik kuliah atau dalam bengkel tidak sama sekali serupa dengan pengalaman berurusan dengan pihak penerbit drama TV atau pihak stesen TV! Di sinilah kebanyakan penulis skrip terhambat. Bila kegagalan datang bertalu-talu mereka kecewa dan beralih ke bidang lain.

Apabila
berada di dunia penerbitan drama TV/filem yang sebenar skrip anda dipengaruhi oleh faktor bajet, jumlah pelakon, jumlah adegan, polisi stesen TV, kemahuan syarikat iklan yang menaja slot sesuatu drama itu, kekuatan kewangan syarikat dan kesediaan anda untuk bertolak-ansur dengan semua pihak yang terlibat!

Faktor-faktor inilah yang akan saya dedahkan kepada anda dalam e-book ini nanti. Harapan saya satu hari nanti anda juga akan menjadi seorang penulis cereka TV/filem yang berjaya.

 

Bermula Sebagai Penulis Skrip Akhirnya Menjadi Penerbit atau Pengarah Tersohor atau Jurukamera atau Pelakon Popular!

Ianya Tidak Mustahil!  

 

Katakan skrip pertama anda sudah berjaya diterbitkan. Anda sudah bergelar sebagai seorang penulis skrip. Tempahan sudah mula datang. Kini anda sudah berpadu dalam duni hiburan TV dan filem. Tiba-tiba anda akan dapati peluang kerjaya anda untuk berkembang menjadi luas terbentang. Banyak jawatan kosong yang boleh anda lamar.

Jika anda berminat untuk menyertai stesen TV sebagai penulis atau penyunting skrip anda sudah mempunyai pengalaman asas yang kuat. RTM, TV3, NTV7, TV9, TV8, Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Tv Al Hijrah sentiasa mempunyai kekosongan.

Anda juga boleh melamar jawatan kosong sebagai penulis/penyunting skrip yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbitan/produksi swasta seperti Metrowealth, Skop Productions dan banyak lagi.

 

Bila kita sudah berada dalam dunia hiburan kita punyai ramai kawan dan dari merekalah kita mengintai peluang-peluang jawatan kosong yang saya sebutkan di atas. Selain itu ada juga “jawatan kosong” yang berbeda yang anda boleh sertai jika ada minat:

Anda minat dalam videografi anda boleh mencuba nasib menjadi seorang jurukamera produksi.

Jika anda mempunyai lebihan wang anda juga boleh menjadi seorang penerbit drama/filem.

Inilah yang berlaku dalam dunia hiburan masa kini. Contohnya saudara Rashid Sibir adalah seorang penulis skrip yang baik yang pernah memenangi Penulis Terbaik Anugerah Skrin TV3. Begitu juga saudara Nurhalim Ismail yang bermula sebagai seorang penulis skrip. Kini mereka menjadi pengarah dan penerbit tersohor dunia hiburan (termasuklah Professor Razak Mohaideen, Datuk Yusof Haslam dan lain-lain lagi).

 

Peluang Berdamping Dengan Artis

Ketika mula berjinak-jinak dalam penulisan skrip artis-artis seperti CD Oraza, Syukri Hashim, Connie, Ida Nerina sert banyak lagi sedang menempa nama. Keinginan untuk berdamping dengan artis-artis ternama itu sangat kuat. Apatah lagi kalau mereka dipilih memegang watak-watak dalam cerita rekaan saya.

Rupanya ia bukan impian semata. Bila CD Oraza dan Ida Nerina dinobatkan sebagai pelakon terbaik Anugerah Skrin pertama anjuran TV3 dalam drama Anak Angkat yang saya tulis bermulalah satu daerah baru dalam karier saya.

Saya berpeluang mendampingi artis-artis baru dan lama dan bersahabat dengan mereka. Anda juga mampu menjadikan kenyataan untuk mendampingi artis-artis pujaan anda. Jangan terkejut jika mereka melakonkan watak yang anda cipta di dalam skrip drama anda!

 

Siapakah yang Patut Memiliki E-Book ini? 

 

Pelajar dalam bidang yang berkaitan seperti bidang komunikasi media, broadcasting dan sebagainya.

Ebook ini boleh menjadi sebuah lagi buku rujukan untuk anda. Boleh anda bandingkan silibus / buku teks yang terdapat di kolej / universiti dengan kandungan dalam ebook ini. Pasti ada kelainan. Pasti ia akan memberi pengalaman baru kepada anda. Anda tidak akan kecewa.

Penulis skrip sepenuh/ separuh masa.

Ia boleh menjadi satu lagi buku rujukan atau koleksi anda. Boleh dibanding-bandingkan ilmu anda dengan saya. Yang kurang ditambah. Yang baik dicontohi.

Golongan yang hendak berjinak-jinak dalam penulisan skrip.

Ia ditulis dalam bahasa harian yang mudah difahami. Ayat-ayatnya ringkas dan padat. Tidak ada bahasa teknikal yang mengelirukan. Ia ditulis untuk difahami bukan untuk menunjuk pandai.

Golongan yang bukan penulis tapi ingin tahu kisah dunia hiburan tv

Mungkin ada selalu tertanya-tanya bagaimana sebuah drama itu diahirkan di kaca tv, di mana ilham itu timbul, bagaimana cerita itu berkembang dan sebagainya. Anda akan teruja dengan dunia penulisan. Anda juga akan terhibur dengan membaca nasykah skrip yang dilampirkan sebagai bonus itu.

Mereka yang bercita untuk mengisi jawatan kosong yang disediakan dalam dunia hiburan

 

 

Lihat Pencapaian Sepanjang Karier Saya

 

Kejayaan yang diraih

1994 – Menang Drama Terbaik melalui skrip Anak Angkat (Anugerah Skrin TV3)

1999 – Menang Drama Terbaik melalui skrip Jutawan Segera (Anugerah Skrin TV3)

Pencalonan Akhir Sri Angkasa (RTM)

1994 – Kemarau (3 episod)

1996 – Esah Swinger (Telemovie)

Pencalonan Akhir Anugerah Skrin (TV3)

1995 – Masih Ada Harapan, Aku Anak Siapa dan Di Ufuk Kasih.

2011 – Masihkah Ada Sinar

Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia kategori Drama TV Terbaik

1997 – Bintang Cilik

 

Siri/drama popular yang pernah ditulis:

Telemovie mengenai Aids yang awal disiarkan di TV3 lakonan Ramona Rahman dan arahan Raja Ahmad Alauddin yang diberi tajuk Sempadan Kasih terbitan Produksi Seni 2020.

Siri Remaja TV3 – RSB

Drama bersiri RTM , Haryati arahan Erma Fatima sebanyak 26 episod kali 45 minit. Penulis kedua ketika itu ialah saudara Jamil Mutalib.

Badai Metropolis menjadi salah satu terbitan terawal dalam slot Samarinda terbitan TV3.

Kalau masih ingat kepada sitkom Singgah Le dan Pak Pandir Moden atau SiLuncai di TV9 itu juga hasil kerja saya. Kalau dihitung skrip yang ditulis saya rasa ratusan jumlahnya.


Inilah cara terbaik untuk belajar lebih mendalam bagaimana untuk menulis skrip.  Dulu, saya hanya berpeluang belajar secara teori sewaktu menyambung pelajaran di UiTM. 

Pembelajaran terbantut di situ, sehinggalah saya bertemu blog En. Din Sarif ini.  System  pembelajaran En. Din Sarif melalui one to one coach, adalah lebih fleksibel yang mana saya boleh berkomunikasi / belajar dengan beliau melalui face to face, email, telefon, SMS, facebook dan tak kira masa. 

Saya diajar satu per satu cara menulis skrip melalui latihan yang disediakan oleh beliau sendiri.  Selain berjaya siapkan  satu skrip penuh telemovie dengan bimbingan beliau, saya juga telah faham mengenai perkara-perkara lain yang melibatkan operasi dan kehendak penerbit /stesen tv yang mana sangat penting untuk kita ketahui. 

Walaupun tempoh pembelajaran saya telah tamat, En. Din Sarif masih lagi sudi membantu sekiranya saya memerlukan khidmat nasihat beliau.  Skrip telemovie saya yang telah saya siapkan tersebut sekarang dalam semakan pihak Astro.  Alhamdulillah..    

Ms Yuspaul


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Sejak mengenali beliau dari penghujung tahun-tahun 90 an, Safiuddin Shariff adalah seorang penulis skrip drama sepenuh masa yang kreatif. Setiap dari garapan cerita dan lakon TVnya yang cukup lengkap dari inspirasi asal adalah lahir dari pemikiran yang cukup matang. Sebagai seorang pengarah saya akui beliau adalah seorang penulis skrip profesional berjaya memberi impak kepada masyarakat penonton terutama penonton televisyen.


Mokhtar Bin Abu Bakar


 

Tawaran Khas!

 

Bonus Tambahan - Khas Untuk Anda..

Jika anda mendaftar sekarang anda akan mendapat bonus. Bonusnya ialah

 Template Penulisan Skrip TV/Filem.

Anda tidak perlu membeli software untuk skrip TV. Template yang saya sediakan ini sudah cukup untuk anda guna menulis skrip TV. Template ini secara automatik menyediakan ruang untuk ARAHAN, NAMA, DIALOG dan CUT TO. Template ini disemadikan dalam Word Document yang diberi nama Screenplay.dot.

Setelah menulis skrip anda hanya Save As kepada tajuk skrip anda seperti Mencari sinar.doc. (PS - .dot bermakna document template). Jadi anda hanya perlu microsoft word saja. Jimat dan tak perlu software lain.

Satu nasykah skrip yang telah diterbitkan oleh RTM sebagai rujukan.

Bila membaca skrip saya, anda akan mendapat petunjuk bagaimana skrip itu patut ditulis (adegan, arahan dan dailog). 

Ilmu yang terkandung dalam nasykah iniamat banyak dan ia tidak terdapat dalam mana-mana kelas, bengkel atau buku. Nasykah skrip ini adalah sebagai panduan bagaimana anda seharusnya menulis skrip tv.

Dialog yang ringkas dan padat yang menggerakkan cerita. Arahan yang ringkas dan padat untuk rujukan pasukan produksi dan pelakon. Lokasi yang sedikit tapi bermakna. Tidak ada adegan yang berulang atau meleret-leret dan banyak lagi.

3 lagi contoh skrip tambahan.

Skrip yang dilampirkan:

  1. Pak Pandir – Komedi – TV9

  2. Penghujung Rindu – Drama – Astro Ria

  3. Panah Asmara – Thriller – RTM

Banyak manfaat yang anda akan dapat bila meneliti 3 contoh skrip ini.

  1. Format penulisannya menepati format lakon-layar yang diterima-pakai oleh industri hiburan tv/filem tempatan dan global.

  2. Penggunaan ayat-ayat ringkas dan tepat sebagai arahan kepada pengarah, pelakon, jurukamera, jurusunting dan sebagainya.

  3. Mengolah cerita dalam belanjawan penerbitan yang berpatutan. Maksudnya belanja untuk menerbitkan drama itu murah tapi berkualiti.

  4. Oleh kerana 3 skrip ini berlainan genre anda akan dapat memahami bagaimana mengolah cerita untuk setiap genre yang dipaparkan.

  5. Anda akan dapat memahami bagaimana visual (gambar/videography) diadunkan dengan kata-bual (dialog) untuk mengembangkan cerita.

Kesemua manfaat ini amat penting untuk menyediakan anda sebagai penulis skrip yang berjaya dan digemari oleh pengarah dan penerbit.

 

Bertindak Sekarang!
 

Dapatkan juga 3 Audiobook Ilmu Penulisan Skrip secara PERCUMA

Audiobook berbentuk file MP3 ini, boleh dimainkan di komputer atau telefon bimbit anda.
 

 

 

Audiobook 1

Fungsi Dialog

(Bernilai RM30)

Hanya memberi tumpuan kepada dialog yang relevan kepada watak, cerita dan mood drama.

Meminggirkan dialog yang sia-sia yang membosankan, dan melambatkan cerita.

Melatih penulis skrip yang dialog bukan kata-bual kosong tapi ia membna watak, cerita dan mood drama.

Penulis akan dapat memilih ketika bila dialog perlau panjang atau ringkas.

 

 

 

 

Audiobook 2

Pembinaan Watak

(Bernilai RM30)

Ia melatih penulis bahawa watak yang membangunkan cerita bukan cerita yang membangunkan watak.

Ia melatih penulis bahawa kebaikan pada watak ada sebabnya dan kejahatan watak ada yang mendorongnya. tidak ada hitam/putih pada watak. setiap watak ada buruk/baiknya sebab manusia tidak sempurna.

Ia memberi makna pada watak untuk ditonjolkan. jadi watak tidak sia-sia walaupun peranannya sedikit. 

Ia melatih penulis untuk tidak mengwujudkan watak tempelan yang sia-sia.

 

 

 

Audiobook 3

Tips Mengolah

Treatment

(Bernilai RM30)

Ia adalah satu yang mudah , ringkas dan tidak perlu untuk terlalu merah otak (kurang stress).

Ia sangat fleksibel (anjal).

Ia memberi banyak ruang kepada penulis untuk memilih adegan-adegan yang penting dan menyingkirkan adegan-adegan yang tidak perlu atau adegan bertindih.

Ia melatih penulis untuk mencorakkan mood pembinaan cerita agar tidak terlalu lambat atau terlalu laju.

Ia menyeronokkan. 

 

 

Saya suka menonton drama tv dan filem sejak dari bangku sekolah lagi. Bermula dari saat itu saya telah menonton beratus-ratus cerita. Saya menyedari hobi saya ini banyak membuang masa dan tidak memberikan untung kepada saya namun saya sukar untuk membuang hobi saya ini.

Saya cuba berfikir bagaimana cara untuk saya mendapatkan keuntungan dan manfaat dari hobi ini. Syukur AlhamdulilLah saya terjumpa Blog Penulisanskrip.com di internet. Bermula dari saat itu saya mengambil keputusan untuk membeli Ebook Tulis, Jual dan Terbit tulisan En Shafiuddin Shariff.

Siapa sangka, drama pertama saya “BINI AKU HANTU LANGSUIR” yang ditayangkan di TV9 pada 18 November lalu telah berjaya memecah rekod sekaligus mencatat sejarah bagi slot Skrin Di 9 apabila berjaya meraih 1.6 juta penonton. Lebih mengujakan lagi capaian tertinggi diperolehi hingga 2.2 juta penonton sepanjang 2 jam ditayangkan.

Memilih En.Shafiuddin Shariff sebagai mentor dalam penulisan skrip sangat tepat. Semoga impian anda akan menjadi kenyataan dengan bimbingan dari beliau yang sangat arif dalam bidang ini.

TQ

HASLIZAWATY HASAN

 

En. Din membantu saya langkah demi langkah dari kosong hinggalah saya faham selok-belok sebenar gaya penulisan skrip yang dikehendaki oleh pihak stesen tv. Sangat membantu disaat saya memerlukan tunjuk ajar sama ada secara berdepan atau pun melalui emel. Sekarang saya sudah menyiapkan beberapa proposal skrip untuk dihantar ke stesen tv. Terima kasih saya ucapkan kepada guru saya dalam penulisan skrip, En. Din.

RAHMAT

 

Usah Bertangguh Lagi....
 

Pakej E-Book Rahsia Penulisan Skrip
TULIS, JUAL & TERBIT
"Rahsia Menulis Skrip Drama TV yang Boleh Dijual" 

+

Bonus-bonus Istimewa

 

Hanya

 

RM197

 

Pelaburan yang amat sedikit berbanding ilmu yang bakal anda pelajari.

Anda telah menemui seorang guru yang boleh memberi keyakinan kepada anda untuk menjadikan profession menulis skrip TV/filem sebagai satu karier seumur hidup.

 

 

 

Pilihan Terletak di Tangan Anda

Pilihan 1: Anda boleh memulakan dan meneruskan kerjaya Penulisan Skrip Drama TV. Anda mungkin perlu melalui dan mencuba kaedah ‘trial & error’ serta terpaksa mengorbankan banyak masa dan tenaga.

ATAU ....

Pilihan 2: Namun dengan memilki Pakej E-Book Rahsia Penulisan Skrip ini, anda sebenarnya telah membuat satu keputusan yang paling bijak. Seterusnya, barulah anda memulakan kerjaya Penulisan Skrip Drama TV dengan kaedah yang dapat memenuhi kehendak pengarah, penerbit dan stesen TV. Pendek kata saya sebenarnya mengajar anda cara saya menulis skrip untuk TV!

 

 

 

Bertindak Sekarang Juga!!


Sila Ikut 2 Langkah Mudah Di Bawah

Langkah 1: Lakukan Bayaran


Anda boleh lakukan pembayaran dengan pergi ke mana-mana cawangan bank berikut dan melakukan pembayaran ke dalam akaun bank yang tertera di bawah. Anda boleh melakukan pembayaran melalui mesin deposit tunai (CDM), ATM transfer, deposit tunai di Kaunter Bank, Online Banking dan juga kad kredit/kad debit melalui PayPal.

Pakej E-book Rahsia Penulisan Skrip

RM197

 

 

 Lakukan pembayaran mengikut kesesuaian dan keselesaan anda:

Nama Bank No Akaun Bank Nama Pemilik Akaun
Maybank 155126975039 Shafiuddin Shariff
Paypal dinserif@gmail.com Shafiuddin Shariff

Masukkan alamat email support[at]penulisanskrip.com untuk rujukan bagi perbankan online.

 

Langkah 2 : Isi Borang Pengesahan

Setelah membuat pembayaran. Anda perlulah mengisi borang pengesahan dibawah. Pastikan data yang di isi di dalam borang pengesahan adalah tepat dan benar. Saya akan menyemak maklumat bayaran anda terlebih dahulu dan akan menghubungi anda secepat mungkin.

Klik Di Sini Untuk

Isi Borang Pengesahan Bayaran


 

Ikhlas dari saya, 



Shafiuddin Sharif

www.penulisanskrip.com
HP: 016 2217690
 

PS: Harapan saya agar apa yang bakal saya kongsikan ini boleh menjadi sumber rujukan dan panduan buat anda. Saya juga berharap agar anda menjadi seorang penulis skrip drama TV yang berjaya.

P.S.S: Usah bertangguh lagi, kerana dengan hanya pelaburan serendah RM197, anda boleh mempelajari ilmu penulisan skrip drama TV yang jarang-jarang sekali didedahkan.

P.S.S: Ambillah peluang ini serta jadikan diri anda mempunyai lebih kelebihan berbanding orang lain kerana tidak ramai yang mengetahui rahsia dalam panduan ini.
 

 

 

Laman Utama  l  Tempahan  l   Hubungi Saya